Wednesday, November 07, 2012

Tahniah, abang berbangga dengan kamu :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.

Begini ceritanya.

Sekali lagi syukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan yang dikecapi oleh adik saya iaitu Azam Sufaat Bin Mohd Badri dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dengan mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang).

Berita gembira ini saya tahu melalui mak saya sendiri apabila ustazah si Azam sendiri yang telefon mak petang 06 November 2012 dan apabila mak hendak sampaikan berita gembira ini kepada si Azam yang sedang tidur di bawah meja kopi  =| , mak menangis. Saya pon rasa sebak.

Saya pun turut mengucapkan tahniah kepadanya sebaik sahaja mak ucapkan.

Dalam hati ini berbisik, untung budak Azam ini, dapat buat mak menangis kerana gembira. :')
Dan beruntung ko dapat Mumtaz dalam UPSRA, insha-Allah urusan ke sekolah agama lebih mudah.

Lantas, mak menyuruh saya untuk membelikan baju melayu sekolah yang baru untuk Azam untuk dipakai sewaktu ambil anugerah pada hari esoknya 07 November 2012. Mak kata dia nak Azam pakai baju baru waktu ambil anugerah. Begitulah seorang ibu, sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.

Allahurabbi, sewaktu menaip ini pun rasa nak menangis saja.

Mak, saya malah seluruh ahli keluarga mempunyai rancangan tersendiri iaitu hendak menjadikan Azam sebagai seorang hafiz. Mak nak hantar Azam ke sekolah menengah agama yang terbaik untuk dirinya. Antaranya ialah SMAPK, SMAPL, SAMBEST, Maahad Darul Anuar dan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.


Tetapi, debaran belum berakhir.
Kejayaan sebenar ialah saat di mana kaki ini berjaya sepenuhnya melangkah ke syurga.
Bukan mudah untuk ke sana.

Kuberdoa agar dia menjadi anak yang soleh.
Kuberdoa agar dia menjadi hamba yang menyumbang kepada-NYA.
Kuberdoa agar dia dapat menjadi saintis yang mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen.
Kuberdoa agar dia berjaya di dunia dan akhirat.

P/S : Harapanku kepadamu adik.
        Semoga berjaya!

1 comment:

  1. Tahniah buat adik ko ..
    btw SAMBEST adalah exschool abg aku ..
    hampir setiap minggu kesana dulu ^_^

    ReplyDelete