Saturday, January 19, 2013

Mabrook ya ukhti :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.

12/01/13

Tarikh ini adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia.

Satu himpunan yang dinamakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) telah diadakan di Stadium Merdeka.

Himpunan ini dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia sebagai tanda solidariti membantah pemerintahan kerajaan Malaysia yang zalim.


menteri malaysia cakap tak sampai 50k


Himpunan ini berjalan dengan aman. Sebab apa aman? Sebab pihak berkuasa beri kerjasama. FRU pun takde.Tak macam demo sebelum-sebelum ini. Haih~

Malangnya, aku tak dapat nak join event HKR ini sebab ada hal lain. Hal yang lebih penting.

Aku rasa rugi. Tapi tak mengapa, Insha-Allah lepas ini ada lagi~

Aku memang sengaja tak turun ke himpunan sebab esoknya (Ahad) adalah hari paling bahagia untuk kakak aku. Dia bakal menjadi isteri orang.

Jadi, aku memang terpaksa tak pergi sebab sibuk dengan persiapan untuk hari bahagia kakak aku.
Kerja aku senang je, angkat barang, pergi kedai beli barang dan letak signboard untuk ke rumah aku.

Keluarga aku memang kalau kenduri je, prefer untuk rewang masak sendiri rather than catering.
Kalau rewang lagi seronok sebab dapat eratkan lagi hubungan kekeluargaan tuh. Puas hati tapi letih sikit.

Sebenarnya, kakak aku ni adalah orang kedua yang kahwin dalam adik-beradik aku selepas abang aku. Kakak aku ni atas aku je dalam susunan adik-beradik. Maknanya, aku membesar bersama dia lah.

Ada sekali tu, aku tengah boring main bola dekat halaman rumah sorang-sorang. Dialah yang temankan aku main bola. Boleh tahan dia sepak beb! Kadang-kadang bila masa nak rebut bola dengan semangatnya dia sepak kaki aku. Haha.

Semua tu berlaku masa akhir 90-an. Waktu itu masih tahap satu di sekolah rendah.

Sekarang, dia sudah ada karier sendiri dan aku masih menuntut di kolej. Proses pembesaran kami membuatkan aku ada sedikit renggang dengan kakak. Yelah, berlainan jantina kot. Ada lah perasaan malu dan segan walau dengan kakak sendiri.

13/01/13

Alhamdulillah. Kakak aku selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Conan (bukan nama sebenar)

Walimatul urus kakak aku berjalan dengan meriah. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan.

Menurut pemerhatianku, tetamu yang hadir pada majlis kali ini lebih ramai dari majlis abang aku yang lepas.  Kakak dan abang ipar aku ni sebenarnya dikenali ramai. Popular katakan.

Lagu-lagu yang diputarkan juga adalah lagu-lagu yang mendidik jiwa. Tim qasidah PhiloSufi turut mempersembahkan qasidah Ya Hanana dan lain-lain.

Dalam lebih kurang jam 5 petang, tiada lagi tetamu. Badan aku memang sangat letih. Tapi takpe, untuk kakak aku kan. ^^

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan 
untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji
diperuntukkan untuk wanita yang keji pula,
dan wanita yang baik diperuntukkan bagi
lelaki yang baik, dan lelaki yang baik
diperuntukkan bagi wanita yang baik pula."

(Surah An-Nur : 26)

Aku bersyukur sebab kakak aku dijodohkan dengan orang yang baik.
Aku harap abang ipar aku ni dapat jaga kakak aku dengan elok. Bimbing dia ke syurga Allah SWT.

Akhir kata, mabrook Aida&Ahmad.
Semoga berbahagia hingga ke Firdausi.


terlepas tanggungjawab aku sebagai adik lelaki :'(



#kalau ada tear gas time demo baru challenging! ^^

Wednesday, November 07, 2012

Tahniah, abang berbangga dengan kamu :')

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.

Begini ceritanya.

Sekali lagi syukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan yang dikecapi oleh adik saya iaitu Azam Sufaat Bin Mohd Badri dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) dengan mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang).

Berita gembira ini saya tahu melalui mak saya sendiri apabila ustazah si Azam sendiri yang telefon mak petang 06 November 2012 dan apabila mak hendak sampaikan berita gembira ini kepada si Azam yang sedang tidur di bawah meja kopi  =| , mak menangis. Saya pon rasa sebak.

Saya pun turut mengucapkan tahniah kepadanya sebaik sahaja mak ucapkan.

Dalam hati ini berbisik, untung budak Azam ini, dapat buat mak menangis kerana gembira. :')
Dan beruntung ko dapat Mumtaz dalam UPSRA, insha-Allah urusan ke sekolah agama lebih mudah.

Lantas, mak menyuruh saya untuk membelikan baju melayu sekolah yang baru untuk Azam untuk dipakai sewaktu ambil anugerah pada hari esoknya 07 November 2012. Mak kata dia nak Azam pakai baju baru waktu ambil anugerah. Begitulah seorang ibu, sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya.

Allahurabbi, sewaktu menaip ini pun rasa nak menangis saja.

Mak, saya malah seluruh ahli keluarga mempunyai rancangan tersendiri iaitu hendak menjadikan Azam sebagai seorang hafiz. Mak nak hantar Azam ke sekolah menengah agama yang terbaik untuk dirinya. Antaranya ialah SMAPK, SMAPL, SAMBEST, Maahad Darul Anuar dan Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.


Tetapi, debaran belum berakhir.
Kejayaan sebenar ialah saat di mana kaki ini berjaya sepenuhnya melangkah ke syurga.
Bukan mudah untuk ke sana.

Kuberdoa agar dia menjadi anak yang soleh.
Kuberdoa agar dia menjadi hamba yang menyumbang kepada-NYA.
Kuberdoa agar dia dapat menjadi saintis yang mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen.
Kuberdoa agar dia berjaya di dunia dan akhirat.

P/S : Harapanku kepadamu adik.
        Semoga berjaya!

Friday, November 02, 2012

Mawlid Bulanan: Perjalanan Mencari Cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.

Perghh..tajuk nak kontroversi je..haha

Ok, saat ini, semua penuntut diploma UiTM sedang menikmati cuti di rumah masing-masing. Tapi bagi diriku, kalau duduk rumah tak buat apa baik keluar cari sesuatu yang boleh isi jiwa yang kosong ini.

Bak kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato Saifuddin Abdullah menulis di dalam akaun facebooknya ; mahasiswa/belia kalau cuti, lazimnya buat "4T" : tidur, tv, ternak (ternak lemak = makan) & tenet (internet)



Maka tersenyumlah mahasiswa atau belia yang mengenangkan aktiviti mereka sewaktu cuti adalah sama seperti yang disebutkan di atas.  Saya pun antara nya. =)

Ok. Waktu cuti antara perkara bermanfaat yang saya buat ialah menghadiri majlis Mawlid Bulanan yang dianjurkan Darul Murtadza. Majlis ini dijalankan di Masjid Muaz Bin Jabal di Setiawangsa. Ini adalah pertama kali saya menghadirkan diri kerana perasaan membuak-buak dalam hati ini ingin tahu apa yang ada dalam majlis ini kerana saya tahu ada kelainan di dalamnya.

Secara ringkasnya, majlis Mawlid Bulanan diadakan pada setiap JUMAAT pertama setiap bulan. Kelainan dalam majlis ini, akan dilagukan qasidah-qasidah memuji serta berselawat ke atas Rasulullah SAW dan rata-rata yang hadir berpakaian putih (jubah/kurta/kopiah/serban) kerana mungkin bagi saya untuk lebih penghayatan mengingati Rasulullah SAW.

Majlis dimulakan dengan qasidah. Artis seperti Amer Munawwer (ex-Ruffedge) dan Inteam turut serta dalam mengalunkan qasidah ini. Lama jugak lah tempoh mereka berqasidah. Mula jam 9 malam hingga 10.30 malam. Macam-macam qasidah mereka alunkan dan alhamdulillah hati ini masih lembut hingga memberi kesan pada mata. :'(

Dalam waktu mereka berqasidah, pada satu tempoh akan berdirinya mereka dan para hadirin. Waktu itu, seingat saya mereka melagukan qasidah Thola'al Badru 'alaina dan ada upacara mentahnik anak-anak kecil.

Kemudian, habis sahaja mentahnik, qasidah diteruskan sehinggalah jam 10.30 malam. Majlis diteruskan lagi dengan tausiyah yang disampaikan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. 

Beliau membacakan beberapa potong hadis mengenai Rasulullah SAW berkaitan dengan solat malam. Antara pengisian yang saya peroleh ialah :


Ketika Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat tentang bagaimanakah cara Rasulullah SAW menunaikan solat malam (qiyamullail)?

Ummu Salamah menjawab, "Bagaimana aku hendak beritahu kamu tentang macam mana Rasulullah SAW melakukan solat malam sedangkan nescaya engkau pun tidak mampu untuk melakukannya."


Beliau menyambung lagi, "Baginda solat kemudian tidur selama mana Baginda solat. Kemudian, Baginda bangkit dari tidur dan solat selama mana Baginda tidur. Kemudian, Baginda tidur selama mana Baginda solat dan begitulah sehingga hari siang."

Wednesday, October 31, 2012

Eidul Adha 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.


Ok, InshaAllah saya akan cerita serba sedikit tentang sambutan raya korban tahun ini saya sekeluarga.


Seperti biasa setiap tahun kami sekeluarga akan balik ke Kg Semerah Darat, Batu Pahat untuk sambut raya dengan satu-satunya embah kami dan kali ini sambutan raya agak berbeza sebab kami akan buat Family Day!


Seperti biasa lagi, kami sekeluarga antara yang tiba awal di kampung. =D


Setibanya di sana, terus lelapkan mata la sebab keletihan memandu selama 4 jam. Haha


Hari pertama sampai, takde buat ape pon. Esoknya baru la Hari Raya. Lepas solat sunat Aidiladha, pon takde buat apa. Lepas solat Jumaat, barulah ibadah korban dilakukan. Embah korbankan seekor lembu. Geng2 bujang (lelaki) semua pergi tolong lapah daging, tapi untuk aku, makcik aku suruh ke kedai untuk beli barangan persiapan sempena Hari Keluarga, Sabtu nye nanti.


Aku pon pegi la pekan Semerah dengan menaiki tunggangan dua roda untuk membeli buku, marker pen, salotape, pen, reben dan fotostat helaian selawat sebanyak 100 keping. Senarai barang memang sikit, tapi aku kena pergi ke pekan dua, tiga kali sebab makcik aku pon sebenarnya tak pasti nak beli ape. Haha.


Selesai beli barang, aktiviti melapah dah habis. Jadi aku pon merehatkan diri.


Lepas puas berehat, bermulalah misi REWANG masak-memasak. Padahal, aku tengok-tengok je pakcik-pakcik aku masak sambil2 tu sembang2 la dengan dorg. Haha.


Cik Roslan (kiri) & Cik Pie antara orang kuat.



Budak-budak termasuk dengan aku sekali sewaktu sesi tengok wayang cerita Madagascar 3 dan The Avengers. Sebelum tengok movie, pekena dulu mihun sup tulang..peerrgghh..mantap!!!


Semua terbaring tengok Madagascar 3  =D

Selesai dua movie, aku meneruskan kehidupan dengan sesi kembara mimpi. Namun, malang nya mimpiku diganggu oleh gerombolan nyamuk yang dahagakan darah.


Bangkit tidur, terus tunaikan solat Suboh. Kemudian, ahli keluarga semua buat persiapan terakhir untuk Family Day. Dari susun kerusi, meja, hadiah, PA sistem, dan juga makanan.


Para tetamu (yang mana part of our family. kata family day) tiba tepat jam 10 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah meninggal dunia (antaranya embah Saripah iaitu nenek). Kemudian, diteruskan lagi dengan acara cukor jambul. Alhamdulillah, abang Saipi, sepupu aku dikurniakan anak lelaki, namanya Muhammad Shafiq Ikhwan. Jadi, semakin besarlah keluarga kami.


Seterusnya, waktu makan. Antara juadah yang disediakan, nasi hujan panas, dalca, rendang, dadih, kuih-muih dan sebagainya. Selesai sahaja makan, pihak majlis jemput wakil dari setiap keluarga untuk menyampaikan sepatah dua kata dan keluarga embah Haji Hassan diwakili oleh Wak Sumito.


Habis semua berucap, aktiviti cabutan bertuah pula. Untuk makluman, hadiah cabutan bertuah ada 50. Banyak tuu dan Alhamdulillah aku antara yang bertuah pada hari itu. =)


Tibalah acara yang dinanti. Acara memotong kek. Haha.
Masa ni aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Atuk aku ( Hj Hassan) terketar-ketar tangannya untuk memotong kek, manakala adiknya dengan selamba memotong kek itu dengan lajunya.


Yang pegang pisau tu, embah Haji Hassan (kiri) dan embah Haji Hussein. Mereka adik-beradik.


Selesai potong kek, Cik Anual membacakan doa penutup. Alhamdulillah, segalanya telah selesai. Harap di masa akan datang majlis sebegini dapat dianjurkan lagi untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kami sekeluarga.


P/S : Akan datang boleh tambah sesi fotografi. Hehe.

Monday, October 22, 2012

Sedarlah dari tidur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.


Hampir setahun berlalu, kini baru aku terniat untuk menaip semula di blog yang sudah 'bersawang' setelah sekian lamaku tinggalkan. Sepanjang tempoh itu, banyak yang kulalui dalam hidupku.


Kata Saidina Ali karamallahu wajhah,
"Manusia itu sewaktu hidupnya di dunia dia tidur, Bila mati barulah mereka terjaga."


Maksudnya di sini, manusia itu sepanjang hayatnya di dunia, mereka lalai dan leka dengan perkara duniawi dan setelah malaikat Izrail datang kepadanya untuk dicabut nyawa, maka ketika itulah baru mereka sedar akan perkara yang sebenar bahawa dunia ini hanya sementara sahaja tetapi akhirat kekal selamanya.


Semasa di dunia, lazimnya manusia melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT dan manusia ini tidak tahu bersyukur atas segala pemberian nikmat kepadanya secara percuma. Mereka lalai dan leka dengan menyibukkan diri dengan perkara duniawi daripada menyahut seruan Ilahi. Seandainya mereka benar-benar percaya akan hari kebangkitan kelak, nescaya mereka akan taat dan patuh kepada perintah Allah SWT


Dalam surah as-Sajdah, ayat 13

A012

Maksudnya : Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"


Pada waktu itu, kita janganlah kita merasa kesal di atas kehidupan kita di dunia kerana tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pada saat itu, sudah terlambat bagi kita untuk kita katakan "kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" kerana Allah SWT telah menyediakan azab yang pedih untuk orang-orang yang ingkar akan suruhan-Nya. Mana mungkin Allah SWT akan kembalikan kita ke dunia semula untuk melakukan amal soleh.


Oleh itu, sahabat-sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian, masih belum terlambat untuk kita kembali kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan perbanyakkan amal soleh, sentiasa beristighfar, taubat dan carilah teman-teman yang mampu membawa kalian ke arah kebaikan. Berdampinglah dengan mereka.


P/S : Peringatan untuk diri sendiri juga ='(

Thursday, December 29, 2011

Selayang Pandang Mengenai 2011

Salam.

Sebenarnya sebelum ini aku pernah ada satu blog, tapi aku dah tutup sebab susah nak update kerana aku xde laptop waktu itu. Tapi hari ini, aku buat blog baru kerana ingin membiasakan diri utk menulis atau memberi respon tentang apa-apa perkara yg berlaku di atas muka bumi ini.


Baiklah. Di ambang akhir tahun 2011 ini, aku nak tulis secara ringkas mengenai perkara2 yg penting bagi diri aku tak kisahlah dari aspek politik, keluarga, dunia dan lain-lain.

ARAB SPRING

Perkara pertama yg aku nak cerita ialah mengenai revolusi yg berlaku di beberapa buah negara di Timur Tengah. Peristiwa ini berlaku bermula di Tunisia cetusan dari saudara Mohamad Bouazizi. 

Pencetus revolusi Timur Tengah.



Beliau menerima layanan buruk(diludah) yg diterima dari pihak berkuasa hanya kerana menjual sayur-sayuran serta buah-buahan tanpa permit di tepian jalan. Lantas, Bouazizi yg berkelulusan sains perkomputeran nekad utk membakar dirinya sendiri dihadapan bangunan kerajaan pada 17 Disember 2010. Lantaran daripada tragedi tersebut, demonstrasi besar-besaran telah diadakan di seluruh Tunisia sebagai tanda benci, muak kepada rejim Ben Ali yg zalim.


pengorbanan Bouazizi



Dataran Tahrir


Dengan tercetusnya revolusi ini, negara-negara Arab yg lain seperti Mesir, Libya,Yaman dan lain-lain turut dipengaruhi demam revolusi dari Tunisia. Akhirnya, pemimpin yg zalim, korup dan mengamalkan pemerintahan kuku besi tumbang dek kerana kebangkitan rakyat. Mubarak lari ke kawasan pedalaman di Mesir, manakala Gaddafi dibunuh oleh rakyatnya sendiri.

 Dr Yusuf al-Qaradhawi turut memuji revolusi ini,


“Setelah merobohkan berhala Hubal yang terbesar, maka harus merobohkan sisa-sisa berhala yang mengelilinginya, seperti Lata dan Uzza, serta sisa-sisa para pelayannya, yang telah mengabdi pada rezim yang membuat rakyat Tunisia menderita selama bertahun-tahun.”kata al-Qardhawi

Oleh itu, kerajaan yg zalim, mengamalkan pemerintahan diktator dan korup pasti akan digulingkan oleh rakyat suatu hari nanti.

P/S : Sekiranya satu hari nanti Malaysia akan jadi begini, aku pasti sertai.

TAHNIAH ABANGKU

Cerita kedua yg aku bawakan ialah mengenai perkahwinan satu-satunya abang aku. Alhamdulillah, Abadi Sufaat B Mohd Badri selamat diijabkabulkan bersama dgn Hana Bt Hadi di rumah pengantin perempuan dkt Kuching.


Seusai akad nikah

Apa yg aku nk kongsikan dgn korg ialah kami sekeluarga dari pihak pengantin lelaki telah dtg ke Kuching bukan semata-mata utk kenduri kahwin tersebut tapi utk makan angin sekali la derr. Bak kata orang, sambil menyelam minum air.

Lebih kurang 60(campur belah mak n bapak aku) orang la yg dtg ke majlis ni dari pihak lelaki. Maklumlah, x pernah ke Sarawak kot sebelum ni. Sekali ada peluang, bawak je semua sekali. Di Kuching, aku diamanahkan utk bwk salah satu van yg disewa oleh BIG BOSS. Memang penat tapi aku sgt gembira kerana dpt berkhidmat utk keluarga besar aku. Yang penting semua gembira.

Sepanjang di Kuching, kami sekeluarga berjalan-jalan di Pasar Satok. Dekat situ macam2 ade jual. Binatang, sayur-sayuran, barangan elektrik, buah-buahan dan sebagainya. Kemudian, kami berpeluang menaiki LAN BERAMBEH CRUISE. Harganya jauh lebih murah dari cruise satu lagi. Kami dibawa berjalan di sepanjang sungai Sarawak. Sambil naik cruise tu, kami singgah di satu tempat utk borong kek-kek lapis dan ikan ape ntah. Orang kata kek lapis Sarawak sedap tapi aku rase biasa je.


 Ahmad promote Lan Berambeh

aku hanya menghulurkan bantuan

Malam terakhir sebelum kami berangkat pulang ke semenanjung, kami sempat mengadakan BBQ. Yang ni best. Main bakar2 sambil tengok pemandangan daripada tepi homestay kami. Homestay yg kami duduk tu sumbat 60 orang. Memang bising la.

satu-satunya Wak aku
pakcik & makcik


my BIG family



Serius, aku rase pengembaran kami ke sana telah mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kami sekeluarga.

P/S : Kena carik org jauh2 ni, baru dpt melancong ramai2.

BERSIH 2.0

Kemudian, mengenai BERSIH pula. Ok, semua rakyat Malaysia tahu bahawa Julai lalu BERSIH ada buat satu perhimpunan aman di KL. Korang tahu x BERSIH tu apa sebenarnya? Baiklah, meh aku terangkan dkt korg apa benda sebenarnya BERSIH ni.

Apa itu BERSIH?
- Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil
-ditubuhkan pada Julai 2005
-objektif utama ialah utk menuntut pilihan raya yg bersih dan adil di Malaysia

BERSIH ini ada 8 tuntutan. Ini adalah tuntutan mereka :
  1.  Bersihkan senarai undi
  2.  Mereformasikan undi pos
  3.  Gunakan dakwat kekal
  4.  Masa kempen minima 21 hari
  5.  Akses media yang bebas dan adil
  6.  Kukuhkan institusi awam 
  7.  Hentikan rasuah 
  8.  Hentikan politik kotor 
Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.

Jika dikatakan perhimpunan itu haram, UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION harus ingat, mereka ditubuhkan selepas berlakunya himpunan rakyat kerana menentang prinsip jus soli dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union.

Bukankah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Kenapa mereka kata perhimpunan bersih haram?

Jadi 9 JULAI 2011 adalah tarikh keramat di mana pihak BERSIH hendak berhimpun di KL. Sebelum tarikh tu, pihak polis buat bermacam2 tindakan hanya utk menghalang daripada berlakunya perhimpunan ini. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik.

Tiba hari yg dinantikan, aku turun menyertai rakyat Malaysia yg lain bagi menyatakan kebimbangan terhadap sistem pilihan raya yg berat sebelah. Aku dan sahabat yg lain kagum dgn rakyat Malaysia melihat Melayu, Cina, India dan sebagainya bersatu utk turun menyatakan pendirian mereka walau ditekan hebat oleh pihak kerajaan.



anak muda sudah bangkit

Jika mahu membuat perubahan, kerajaan harus ikhlas dan bersungguh-sungguh utk melaksanakannya. Bukan umum lain, buat lain. Lama-kelamaan rakyat dapat membaca retorik yg dibawa oleh kerajaan.

P/S : aku kena tear gas 2 kali kot..serius rse cm nk mati

Aku rase setakat itu sahajalah utk entry yg pertama. InshaALLAH dlm masa yg terdekat ini, aku akan tulis bagi post yg kedua pula. Maaf sekiranya ada kekurangan.