Wednesday, October 31, 2012

Eidul Adha 1433H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.


Ok, InshaAllah saya akan cerita serba sedikit tentang sambutan raya korban tahun ini saya sekeluarga.


Seperti biasa setiap tahun kami sekeluarga akan balik ke Kg Semerah Darat, Batu Pahat untuk sambut raya dengan satu-satunya embah kami dan kali ini sambutan raya agak berbeza sebab kami akan buat Family Day!


Seperti biasa lagi, kami sekeluarga antara yang tiba awal di kampung. =D


Setibanya di sana, terus lelapkan mata la sebab keletihan memandu selama 4 jam. Haha


Hari pertama sampai, takde buat ape pon. Esoknya baru la Hari Raya. Lepas solat sunat Aidiladha, pon takde buat apa. Lepas solat Jumaat, barulah ibadah korban dilakukan. Embah korbankan seekor lembu. Geng2 bujang (lelaki) semua pergi tolong lapah daging, tapi untuk aku, makcik aku suruh ke kedai untuk beli barangan persiapan sempena Hari Keluarga, Sabtu nye nanti.


Aku pon pegi la pekan Semerah dengan menaiki tunggangan dua roda untuk membeli buku, marker pen, salotape, pen, reben dan fotostat helaian selawat sebanyak 100 keping. Senarai barang memang sikit, tapi aku kena pergi ke pekan dua, tiga kali sebab makcik aku pon sebenarnya tak pasti nak beli ape. Haha.


Selesai beli barang, aktiviti melapah dah habis. Jadi aku pon merehatkan diri.


Lepas puas berehat, bermulalah misi REWANG masak-memasak. Padahal, aku tengok-tengok je pakcik-pakcik aku masak sambil2 tu sembang2 la dengan dorg. Haha.


Cik Roslan (kiri) & Cik Pie antara orang kuat.



Budak-budak termasuk dengan aku sekali sewaktu sesi tengok wayang cerita Madagascar 3 dan The Avengers. Sebelum tengok movie, pekena dulu mihun sup tulang..peerrgghh..mantap!!!


Semua terbaring tengok Madagascar 3  =D

Selesai dua movie, aku meneruskan kehidupan dengan sesi kembara mimpi. Namun, malang nya mimpiku diganggu oleh gerombolan nyamuk yang dahagakan darah.


Bangkit tidur, terus tunaikan solat Suboh. Kemudian, ahli keluarga semua buat persiapan terakhir untuk Family Day. Dari susun kerusi, meja, hadiah, PA sistem, dan juga makanan.


Para tetamu (yang mana part of our family. kata family day) tiba tepat jam 10 pagi. Acara dimulakan dengan bacaan tahlil untuk ahli keluarga kami yang telah meninggal dunia (antaranya embah Saripah iaitu nenek). Kemudian, diteruskan lagi dengan acara cukor jambul. Alhamdulillah, abang Saipi, sepupu aku dikurniakan anak lelaki, namanya Muhammad Shafiq Ikhwan. Jadi, semakin besarlah keluarga kami.


Seterusnya, waktu makan. Antara juadah yang disediakan, nasi hujan panas, dalca, rendang, dadih, kuih-muih dan sebagainya. Selesai sahaja makan, pihak majlis jemput wakil dari setiap keluarga untuk menyampaikan sepatah dua kata dan keluarga embah Haji Hassan diwakili oleh Wak Sumito.


Habis semua berucap, aktiviti cabutan bertuah pula. Untuk makluman, hadiah cabutan bertuah ada 50. Banyak tuu dan Alhamdulillah aku antara yang bertuah pada hari itu. =)


Tibalah acara yang dinanti. Acara memotong kek. Haha.
Masa ni aku tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Atuk aku ( Hj Hassan) terketar-ketar tangannya untuk memotong kek, manakala adiknya dengan selamba memotong kek itu dengan lajunya.


Yang pegang pisau tu, embah Haji Hassan (kiri) dan embah Haji Hussein. Mereka adik-beradik.


Selesai potong kek, Cik Anual membacakan doa penutup. Alhamdulillah, segalanya telah selesai. Harap di masa akan datang majlis sebegini dapat dianjurkan lagi untuk mengeratkan lagi ukhwah antara kami sekeluarga.


P/S : Akan datang boleh tambah sesi fotografi. Hehe.

Monday, October 22, 2012

Sedarlah dari tidur

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.


Hampir setahun berlalu, kini baru aku terniat untuk menaip semula di blog yang sudah 'bersawang' setelah sekian lamaku tinggalkan. Sepanjang tempoh itu, banyak yang kulalui dalam hidupku.


Kata Saidina Ali karamallahu wajhah,
"Manusia itu sewaktu hidupnya di dunia dia tidur, Bila mati barulah mereka terjaga."


Maksudnya di sini, manusia itu sepanjang hayatnya di dunia, mereka lalai dan leka dengan perkara duniawi dan setelah malaikat Izrail datang kepadanya untuk dicabut nyawa, maka ketika itulah baru mereka sedar akan perkara yang sebenar bahawa dunia ini hanya sementara sahaja tetapi akhirat kekal selamanya.


Semasa di dunia, lazimnya manusia melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT dan manusia ini tidak tahu bersyukur atas segala pemberian nikmat kepadanya secara percuma. Mereka lalai dan leka dengan menyibukkan diri dengan perkara duniawi daripada menyahut seruan Ilahi. Seandainya mereka benar-benar percaya akan hari kebangkitan kelak, nescaya mereka akan taat dan patuh kepada perintah Allah SWT


Dalam surah as-Sajdah, ayat 13

A012

Maksudnya : Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"


Pada waktu itu, kita janganlah kita merasa kesal di atas kehidupan kita di dunia kerana tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pada saat itu, sudah terlambat bagi kita untuk kita katakan "kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" kerana Allah SWT telah menyediakan azab yang pedih untuk orang-orang yang ingkar akan suruhan-Nya. Mana mungkin Allah SWT akan kembalikan kita ke dunia semula untuk melakukan amal soleh.


Oleh itu, sahabat-sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian, masih belum terlambat untuk kita kembali kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan perbanyakkan amal soleh, sentiasa beristighfar, taubat dan carilah teman-teman yang mampu membawa kalian ke arah kebaikan. Berdampinglah dengan mereka.


P/S : Peringatan untuk diri sendiri juga ='(