Saturday, January 19, 2013

Mabrook ya ukhti :D

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kepada diriku ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang 'abid sehingga ke hari ini.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, juga terhadap ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda yang telah bersusah payah berjuang menyampaikan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia di atas muka bumi ini.

12/01/13

Tarikh ini adalah tarikh keramat untuk rakyat Malaysia.

Satu himpunan yang dinamakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) telah diadakan di Stadium Merdeka.

Himpunan ini dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia sebagai tanda solidariti membantah pemerintahan kerajaan Malaysia yang zalim.


menteri malaysia cakap tak sampai 50k


Himpunan ini berjalan dengan aman. Sebab apa aman? Sebab pihak berkuasa beri kerjasama. FRU pun takde.Tak macam demo sebelum-sebelum ini. Haih~

Malangnya, aku tak dapat nak join event HKR ini sebab ada hal lain. Hal yang lebih penting.

Aku rasa rugi. Tapi tak mengapa, Insha-Allah lepas ini ada lagi~

Aku memang sengaja tak turun ke himpunan sebab esoknya (Ahad) adalah hari paling bahagia untuk kakak aku. Dia bakal menjadi isteri orang.

Jadi, aku memang terpaksa tak pergi sebab sibuk dengan persiapan untuk hari bahagia kakak aku.
Kerja aku senang je, angkat barang, pergi kedai beli barang dan letak signboard untuk ke rumah aku.

Keluarga aku memang kalau kenduri je, prefer untuk rewang masak sendiri rather than catering.
Kalau rewang lagi seronok sebab dapat eratkan lagi hubungan kekeluargaan tuh. Puas hati tapi letih sikit.

Sebenarnya, kakak aku ni adalah orang kedua yang kahwin dalam adik-beradik aku selepas abang aku. Kakak aku ni atas aku je dalam susunan adik-beradik. Maknanya, aku membesar bersama dia lah.

Ada sekali tu, aku tengah boring main bola dekat halaman rumah sorang-sorang. Dialah yang temankan aku main bola. Boleh tahan dia sepak beb! Kadang-kadang bila masa nak rebut bola dengan semangatnya dia sepak kaki aku. Haha.

Semua tu berlaku masa akhir 90-an. Waktu itu masih tahap satu di sekolah rendah.

Sekarang, dia sudah ada karier sendiri dan aku masih menuntut di kolej. Proses pembesaran kami membuatkan aku ada sedikit renggang dengan kakak. Yelah, berlainan jantina kot. Ada lah perasaan malu dan segan walau dengan kakak sendiri.

13/01/13

Alhamdulillah. Kakak aku selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Conan (bukan nama sebenar)

Walimatul urus kakak aku berjalan dengan meriah. Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan.

Menurut pemerhatianku, tetamu yang hadir pada majlis kali ini lebih ramai dari majlis abang aku yang lepas.  Kakak dan abang ipar aku ni sebenarnya dikenali ramai. Popular katakan.

Lagu-lagu yang diputarkan juga adalah lagu-lagu yang mendidik jiwa. Tim qasidah PhiloSufi turut mempersembahkan qasidah Ya Hanana dan lain-lain.

Dalam lebih kurang jam 5 petang, tiada lagi tetamu. Badan aku memang sangat letih. Tapi takpe, untuk kakak aku kan. ^^

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan 
untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji
diperuntukkan untuk wanita yang keji pula,
dan wanita yang baik diperuntukkan bagi
lelaki yang baik, dan lelaki yang baik
diperuntukkan bagi wanita yang baik pula."

(Surah An-Nur : 26)

Aku bersyukur sebab kakak aku dijodohkan dengan orang yang baik.
Aku harap abang ipar aku ni dapat jaga kakak aku dengan elok. Bimbing dia ke syurga Allah SWT.

Akhir kata, mabrook Aida&Ahmad.
Semoga berbahagia hingga ke Firdausi.


terlepas tanggungjawab aku sebagai adik lelaki :'(



#kalau ada tear gas time demo baru challenging! ^^

No comments:

Post a Comment